TERKINI

PBB anggap serangan ke atas kem pelarian Jabalya sebagai “jenayah perang”

Kem pelarian Jabalya – foto AFP

NEW YORK, 2 Nov 2023 – Serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalya di Gaza boleh dianggap sebagai jenayah perang menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

PBB dalam satu kenyataan menyifatkan, jumlah kematian yang besar selepas serangan udara oleh Israel di kem pelarian tersebut adalah serangan yang tidak sewajarnya.

“Berikutan jumlah besar kematian orang awam dan tahap kehancuran selepas serangan udara Israel ke kem pelarian Jabalya, kami mempunyai kebimbangan serius bahawa ini adalah serangan yang tidak sewajarnya dan boleh dianggap sebagai jenayah perang,” kata pejabat tersebut dalam hantaran di media sosial pada Rabu.

Kenyataan ini susulan pengesahan yang dibuat Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengenai serangan udara yang dilancarkan di kem berkenaan pada Selasa lalu.

Tegas IDF, serangan itu mensasarkan kepada pasukan pejuang Hamas.

Kata IDF lagi, pesawatnya “menyerang kompleks pengawal dan kawalan Hamas di Jabalya,” sambil menegaskan, “pengganas Hamas telah dilenyapkan dalam serangan itu.”

Lebih daripada 10,300 orang telah terkorban dalam konflik itu, termasuk sekurang-kurangnya 8,796 rakyat Palestin dan lebih daripada 1,538 warga Israel. – CNN

Facebook
Twitter
WhatsApp