TERKINI

Bersatu harus perhati gerak-geri Peja, kata Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan (kiri), Ahmad Faizal Azumu (kanan) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 4 Feb 2024 – Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihatkan agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memerhatikan gerak geri Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau lebih mesra dengan panggilan Peja.

Dalam satu kenyataan kepada malayadaily, Khairuddin yang juga pemimpin Sekretariat Proklamasi Orang Melayu mendakwa sudah banyak laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Peja, namun hingga kini tiada apa-apa tindakan.

“Kepimpinan Bersatu harus perhati gerak geri budak ‘Peja’ secara lebih terperinci.

“Dalam apa jua keadaan jangan sama sekali percaya pada budak ‘sewel’ Peja ini. Ulasnya.

Beliau dalam kenyataan yang sama, juga mempersoalkan mengapa SPRM masih tidak bertindak terhadap semua laporan berkaitan Peja.

“Dalam masa yang sama mengapa SPRM tidak mahu siasat Peja ini?

“Sudah banyak laporan yang SPRM terima mengenai budak ‘sewel’ ini tetapi setakat ini masih tiada tindakan terhadapnya.

Khairuddin juga memberi bayangan bahawa beliau akan mendedahkan siapa Peja apabila sampai masanya.

“Saya tidak mahu bercakap secara ‘panjang lebar’ lagi mengenai budak Peja ini, tetapi bila sampai masa ketikanya saya akan menghuraikan mengenainya.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu merangkap Ketua BERSATU Bahagian Rasah, Mohamad Hanifah Abu Baker telah dilantik Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sembilan yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ia berikutan desakan beberapa pihak yang mendakwa bekas Menteri Besar Perak itu dilihat tidak memainkan peranannya sebaik mungkin selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lalu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp