TERKINI

Hak Istimewa Melayu Itu Adalah hak Istimewa Bangsa Lain – Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia

Armin Baniaz – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 27 April 2023 – Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia, Armin Baniaz Pahamin berpendapat bahawa ‘Hak Istimewa’ Melayu sebenarnya adalah hak istimewa yang diperolehi oleh warga asing untuk menjadi warga negara Tanah Melayu sebelum Merdeka dan hak ini telah dinikmati sehingga kini.

Dalam satu catatannya kepada malayadaily, Armin berkata bahawa Orang Melayu memberi kerakyatan kepada berjuta warga asing secara percuma dan ini dinikmati juga oleh anak-anak dan cucu cicit mereka.

“Yang istimewa sebenarnya ialah hak yang orang Melayu beri kepada warga asing untuk menjadi warga negara Tanah Melayu sebelum Merdeka dan hak ini telah dinikmati sehingga kini. Ini hak istimewa yang pertama iaitu kerakyatan tanah melayu kepada kaum Cina dan India.

“Hak istimewa ini termasuklah keistimewaan kepada kaum bukan pribumi untuk mengundi pemimpin pilihan mereka sebagai wakil rakyat di Dewan Negeri dan di Dewan Rakyat.

Beliau juga berpendapat bahawa hak istimewa untuk mengundi ini telah mereka gunakan dengan sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke Lima Belas dengan kehadiran lebih 90% kaum bukan Melayu yang keluar mengundi.

“Sebenarnya penggunaan hak istimewa kepada orang Melayu adalah salah dari segi penggunaan ayat dan telah menyebabkan banyak kekeliruan, salah faham dan telah menimbulkan banyak masalah sehingga di gelar peruntukan rasis oleh sebilangan warganegara termasuk orang melayu sendiri.

“Orang bukan Melayu juga mendapat keistimewaan dari segi pendidikan di sekolah mengikut kaum dan adat mereka seperti Sekolah jenis Cina dan India. Sekolah-sekolah ini bukan sahaja dibenarkan beroperasi dengan pembelajaran dalam bahasa negara asal mereka tetapi juga belajar sejarah negara asal mereka dengan sistem pendidikan yang amat berlainan dengan Sekolah-Sekolah Kebangsaan. Katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp