TERKINI

Zahid Tolak Cadangan Ketua Pemuda UMNO Mahu DAP Mohon Maaf

KP UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh – foto Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2023 – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa isu permohonan maaf oleh DAP tidak perlu ditimbulkan lagi kerana perkara itu katanya telah dibincangkan beberapa kali ketika fasa rundingan dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Perkara itu tidak perlu timbul lagi (permohonan maaf) kerana mereka (DAP) telah nyatakan perkara ini beberapa kali malah dalam rundingan kita membentuk kerajaan.

“Perkara ini menjadi syarat utama kepada kita dan mereka setuju seratus peratus jadi tidak perlu ulangi perkara yang telah mereka persetujui,” katanya ketika sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Isu permohonan maaf ini timbul apabila Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Khamis telah menggesa DAP untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Kalau nak menempuh pilihan raya yang akan datang ini, mahu hati orang UMNO ini lembut, maka satu tuntutan maaf daripada DAP atas tohmahannya telah diberikan kepada UMNO selama ini, mesti dilakukan segera” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTKCL), semalam. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp