TERKINI

Pejuang Harus Muhasabah Diri – Presiden

PUTRAJAYA, 2 April 2024 – Presiden parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dato Seri Utama Mukhriz Mahathir mahu parti tersebut harus bermuhasabah diri setelah mendapat isyarat jelas dari rakyat menerusi dua pilihan raya terdahulu.

Mengulas isu tersebut, Mukhriz berkata bahawa suasana politik negara masih lagi agak bercelaru dan merasakan bahawa Pejuang tidak perlu terlalu menonjol dalam arena politik semasa sebaliknya membina kekuatan dalaman dahulu.

“Rakyat memberi satu isyarat yang agak jelas pada kami dalam dua pilihan raya yang lepas dan kita juga tahu suasana politik negara pun masih lagi agak bercelaru jadi kita rasakan bahawa baik kita tak terlalu menonjol dalam arena politik semasa ni dan bergiat untuk membina kekuatan dalaman dulu.

“Sambil itu kita cuba fikirkan politik yang macam mana yang sepatutnya diamalkan di Malaysia ini yang akan memberi manfaat kepada rakyatnya. Ujar beliau.

Mengulas lanjut, Mukhriz berpendapat bahawa punca segala masalah ketika ini ialah politik yang tidak stabil.

“Jadi kalaulah masih lagi sama tak berubah, jadi kita akan mengulangi kesilapan demi kesilapan dan takkan mewujudkan keadaan yang stabil.

“Jadi itu saya ingat peranan pejuang kita tak ikut acuan parti-parti politik yang lain kita nak mengorak langkah kita yang sendiri, katanya.

Sebelum ini, parti Pejuang telah menyertai dua pilihan raya iaitu PRN Johor 2022 dan PRU 15 2023, dimana semua calon Pejuang tewas dikerusi yang ditandinginya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp