JOHOR, 13 Dis – Parti Pejuang Tanah Air Johor mengulas cadangan mengadakan pilihan raya Ketua Kampung, menegaskan bahawa pilihan raya kampung memerlukan kos besar dan pengurusan yang rumit, dan keadaan ekonomi semasa tidak sesuai untuk menanggung beban tersebut.
Ketua Penerangannya, Suraya Sulaiman menjelaskan bahawa di Johor, lantikan Ketua Kampung tidak dibuat berdasarkan kehendak ADUN, tetapi melalui temuduga dan pemilihan oleh pejabat daerah sebelum dibawa kepada Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Namun, kebanyakan calon tetap datang daripada parti kerajaan negeri, termasuk di kawasan pembangkang, menyebabkan ADUN pembangkang sukar melaksanakan manifesto kerana peruntukan lebih banyak disalur melalui penyelaras lantikan negeri.
“Memandangkan sistem sedia ada menimbulkan dilema dan dianggap tidak seimbang, Pejuang Johor mencadangkan model baharu yang lebih praktikal dan telus: penamaan calon secara terbuka oleh penduduk, penilaian oleh jawatankuasa bebas melibatkan wakil kerajaan, ADUN kerajaan, ADUN pembangkang dan tokoh masyarakat, serta sesi libat urus untuk memastikan calon diterima penduduk. Katanya.
Pejuang juga atanya menegaskan bahawa pentadbiran kampung yang adil dan inklusif penting bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap demokrasi akar umbi. Mereka komited memperjuangkan sistem yang lebih telus, seimbang dan berorientasikan rakyat.