TERKINI

Pelabur China Intai Peluang di SG4, kata Tun Mahathir

Mahathir Mohamad (tengah) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 1 Okt 2023 – Pelabur luar negara mula mengintai peluang untuk melabur di empat negari pimpinan Perikatan Nasional (PN), di Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Perlis, yang dikenali sebagai “State Government 4” (SG4), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penasihat SG4 itu berkata, antara pelabur yang menyatakan minat termasuklah pelabur tempatan dan juga pelabur China.

“Cadangan pelaburan sudah ada. Tinggal lagi pelaksanaan belum berjalan lagi, ramai (pelabur) dan antaranya dari China, malah dalam negara pun ada. Tak boleh beritahu lagi (bidang pelaburan),” katanya, selepas menghadiri siri ketiga Minggu Negarawan, di Putrajaya, baru-baru ini.

Mahathir berkata, beliau juga sudah mengadakan pertemuan dengan menteri besar SG4, baru-baru ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis dalam proses membentuk ‘kumpulan empat negeri’ dengan Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat tidak rasmi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp