TERKINI

Pelajar MTD Modal Insan Kredibel

foto kredit thesumber.com

KUALA LUMPUR, 20 Mac 2023 – Pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) berpotensi besar untuk menerajui jawatan penting dalam sektor awam dan swasta kerana mereka bukan sahaja dilengkapi dengan pengetahuan akademik tetapi tahap disiplin ketenteraan yang tinggi.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sru Affendi Buang berkata tempoh dua tahun latihan penuh cabaran dan rintangan yang mereka lalui serta penerapan nilai kepimpinan selari dengan moto MTD iaitu Berkhidmat Memimpin atau Served to Lead itu mampu melahirkan seorang pemimpin disegani dan disanjungi.

“Tahap kemandirian yang tinggi, sikap setiakawan yang erat serta kebolehupayaan beradaptasi dengan baik untuk menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran, merupakan kualiti istimewa yang tidak mungkin dapat diperolehi oleh rakan-rakan sebaya (pelajar) di luar sana.

“Berani untuk saya mengatakan bahawa inilah pakej luar biasa yang membolehkan Putera MTD dilabel sebagi modal insan yang kredibel, serta berpotensi besar untuk memimpin jawatan penting baik di sektor awam mahupun swasta, katanya.

Affendi juga mengingatkan pelajar MTD bahawa kejayaan menamatkan pelajaran di maktab itu hari ini merupakan permulaan kehidupan dan mereka perlu bersedia menghadapi dugaan lain yang tidak dijangka. – sumber BERNAMA

Facebook
Twitter
WhatsApp