TERKINI

Pelik dan Menyedihkan, Kata Peguam Susulan Pembebasan Zahid

Haniff Khatri – foto The Malaya Post

KUALA LUMPUR, 5 Sept 2023 – Peguam Haniff Khatri sedih susulan pembebasan terhadap pertuduhan dikenakan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, mahkamah bagaimanapun tidak boleh dipersalahkan kerana pembebasan itu dibuat oleh Pejabat Peguam Negara (AGC).

“Kenapa ini pelik dan menyedihkan kerana dalam tadbir urus sistem perundangan jenayah kerana permohonan pengguguran pertuduhan dibuat ditahap pembelaan.

“Sedangkan lebih kurang setahun lapan bulan lalu mahkamah sama buat penemuan pendakwaraya berjaya buktikan kes prima facie yang memerlukan tertuduh, Zahid tampil pembelaan untuk menampilkan keraguan kalau tidak maka didapati bersalah jika berjaya dia akan dibebaskan,” katanya, dalam satu kenyataan disiarkan di Facebook miliknya, pada Isnin.

Haniff berkata, kes tersebut seharusnya dibiarkan berjalan dengan pasukan pembelaan Zahid mengemukakan alasan mereka.

“Di tahap ini bila Zahid dah beri keterangan dan saksi dipanggil berterusan tidak ada tanggungjawab undang pendakwaraya gugur kes.

“Sepatutnya biarkan alasan pasukan pembelaan Zahid dalam repstesentasi ditampilkan di tahap pembelaan dna biar mahkamah putuskan,” kata Haniff.

Haniff berkata, kesedihan yang dialaminya bukan berpunca keputusan mahkamah kerana institusi itu tiada kaitang langsung dengan keputusan ini.

“Kesedihan berpunca tindak tanduk AGC dalam keputusan gugur kes di tahap lanjut pembelaan yang mengakibatkan kepada penganugerahan perintah pelepasan.

“Saya harap rakyat akan faham tidak ada jari atau tangan ditunding kepada mahkamah, ini bukan isu Zahid Hamidi ini isu tadbir urus jenayah dan kendalikan pejabat peguam negara,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp