TERKINI

Pembatalan 16 peruntukan dalam Enakmen Syariah Kelantan : Ini masalah perlembagaan, kata Peguam Kanan

Haniff Khatri – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 9 Feb 2024 – Peguam Kanan, Haniff Khatri berpendapat bahawa masalah yang dihadapi dalam kes petisyen peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah berkaitan dengan peruntukan perundangan secara khusus perlembagaan.

Menurut Haniff ketika sidang media sejurus keputusan hakim di Mahkamah Persekutuan, berkata, apa yang dihadapi oleh mahkamah adalah seperti dalam kes Iki Putera, iaitu ada atau tidak, kuasa untuk dewan undangan negeri menggubal undang undang syariah jenayah, sekiranya ianya bertindan ke dalam kuasa Persekutuan.

“Kami bagi pihak peguam, pihak yang telah mewakili pelbagai pihak, berpendapat masalah yang dihadapi dalam kes ini bukannya berkaitan dengan keputusan mahkamah, ianya adalah berkaitan dengan peruntukan perundangan secara khusus perlembagaan.

“Di mana apa yang dihadapi oleh mahkamah di sini adalah seperti dalam kes Iki Putera, ada atau tidak kuasa untuk dewan undangan negeri menggubal undang-undang syariah jenayah sekiranya ianya bertindan ke dalam kuasa Persekutuan

Haniff juga berkata, seperti yang diputuskan dalam Iki Putra, apabila ia bertindan, maka dewan undangan negeri tidak boleh menggubal undang undang tersebut dan jika digubal maka menjadi tidak sah seperti Iki Putra sekarang ini.

“Masalah yang utama yang kami dapati sebagai peguam adalah sejak Iki Putra diputuskan pada 25 hari bulan Februari 2021, perkara ini patut diselesaikan di Parlimen oleh semua ahli politik.

“Tapi untuk 3 tahun selepas para peguam melalui MAQSA yang diketuai oleh saudara Lukman Syarif Alias, melalui PPMM yang pada masa itu diketuai oleh Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan peguam Muslim, peguam syarie yang diketuai oleh tuan Musa Aman telah membuat petisyen pada 18 Mac 2021 mengatakan apakah perkara yang sepatutnya dipinda, bagaimanakah caranya untuk dipinda, supaya tidak ada masalah untuk dewan undangan negeri menjalankan tugas, seperti mana yang betul dinyatakan oleh Yang amat Arif.

“Ini bukan isu berkaitan dengan pembubaran kuasa mahkamah, ini adalah berkaitan sama ada Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk bubar atau tidak.

“Malangnya sampai hari ini parlimen sama ada di bawah teraju Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Ismail Sabri mahupun sekarang di bawah Anwar Ibrahim, masih kita tak nampak penyelesaiannya. Ujar Haniff.

Beliau bagaimanapun berterima kasih ke bawah Duli Sultan Selangor sebagai pengerusi MKI dan wakil Majlis Raja-Raja yang telah mengarah dan menubuhkan Jawatankuasa untuk meneliti perkara ini.

“Bagi saya, bagi kami semua, kami harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera supaya kuasa gubalan negeri apabila disahkan, tidak akan menghadapi mahkamah tidak akan menghadapi masalah untuk dicabar di mahkamah.

“Jadi kami harap perkara ini dapat diselesaikan, tidak perlu untuk tunggu 3 tahun atau 30 tahun lagi sekiranya perkara yang ditangani selepas Iki putera, mungkin kita tidak berada di sini pada hari ini. Katanya.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Panel sembilan hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman selaku pempetisyen bagi mencabar 18 peruntukan enakmen tersebut. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp