KUALA LUMPUR, 1 Julai 2023 – Pengarah tersohor yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dr Ahmad Idham mempersoalkan sikap Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil kerana terus berdiam diri dalam isu pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Nasir Ibrahim.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Ahmad Idham berkata sebagai seorang menteri, beliau sepatutnya mempunyai jawapan yang kokrit terhadap situasi ini.
“Sebagai seorang menteri, sepatutnya beliau mempunyai jawapan yang kokrit terhadap situasi ini agar tidak mencetus spekulasi dan tanggapan yang akan merosakkan imej industri.
“Satu lagi persoalan di dalam industri yang sedang berlegar adalah, kenapa YBM mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak bersemuka dengan CEO Finas untuk penjelasan. Kami pemain industri nak tahu ni. Ujar beliau.
Idham juga mempersoalkan sikap berdiam diri Menteri tersebut seolah-oleh menyedari bahawa beliau telah membuat kesilapan berhubung pemecatan tersebut.
“Adakah YBM sudah sedar yang dia telah membuat satu kesilapan atau adakah dia merasakan perkara ini tidak penting?.
“Dalam situasi ini, pernah juga saya dan beberapa pemain industri tertanya tanya, adakah YBM kita ini di kelilingi orang yang salah dan menyebabkan beliau cenderung ke arah membuat keputusan yang salah. Kata beliau berhubung tindakan mahkamah yang dibuat oleh bekas CEO Finas.
Terdahulu, bekas CEO FINAS, Nasir Ibrahim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi kerana mendakwa diberhentikan secara tidak sah, lima bulan sebelum kontraknya tamat.
Nasir, 62, juga menuntut surat penamatan bertarikh 31 Mei ditandatangani Pengerusi Finas Kamil Ahmad Othman, tidak sah mengikut undang-undang dan terbatal.
Dalam writ dan pernyataan tuntutan difailkan oleh peguam cara Srimurugan & Co pada Rabu, plaintif menuntut kira-kira RM135,000 sebagai ganti rugi khas serta faedah 5%.
Beliau menamakan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Finas dan pengarahnya – Mastura Ahmad Mustafa, Idwan Ariff Abdul Rahman dan Noor Azam Shairi – sebagai defendan dalam saman itu.
Dalam satu kenyataan 1 Jun, Finas mengesahkan bahawa Nasir telah disingkirkan sebagai ketua pegawai eksekutif, berikutan dakwaannya bahawa beliau telah dipecat. – malayadaily.com