KUALA LUMPUR, 20 Dis – Pemuda Umno Malaysia mempertikaikan keputusan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang melarang premis bersijil halal memasang hiasan Krismas menjelang perayaan tidak lama lagi.
Dr Akmal Saleh, berkata arahan itu tidak relevan kerana dekorasi tidak menjejaskan status halal makanan dan minuman.
“Penentuan halal bagi makanan dan minuman ditentukan 100% oleh sumber makanan dan cara penyediaannya, bukan bergantung kepada dekorasi di dapurnya mahupun di tempat makan. Katanya
Dr Akmal juga menekankan ketidakwajaran arahan Jaim itu dengan memberi contoh: sekiranya makanan disediakan di gereja oleh bukan Muslim tetapi sumber dan cara penyediaannya halal, maka status halal tetap sah. Beliau menyeru pihak berkuasa agama negeri untuk menilai semula keputusan tersebut.
“Saya mohon jabatan agama Islam Melaka untuk melihat semula arahan yang melarang dekorasi di dapur dan outlet yang telah mendapatkan sijil halal. Tambahnya.
Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan dalam satu kenyataan berkata, tiada larangan dikenakan untuk mana-mana premis halal menggunakan hiasan perayaan agama lain seperti yang telah diputuskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dua tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata ia tertakluk kepada beberapa syarat termasuk penggunaan hiasan terbabit tidak menjejaskan prinsip halalan thoyyiban serta tidak melibatkan paparan logo dan sijil pengesahan halal.
Terdahulu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, semua premis atau produk yang dipersijilkan halal tertakluk kepada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). – malayadaily