TERKINI

Penasihat Karangkraf Dakwa Dikasari Pengawal Peribadi Menteri

Hussamuddin Yaacub – foto the edge

KUALA LUMPUR, 12 April 2023 – Penasihat Kumpulan Karangkraf Dato’ Hussamuddin Yaacub mendakwa dikasari pengawal peribadi seorang menteri dalam acara di pejabat syarikat media itu. Perkara itu dinyatakan di media sosialnya twitter hari ini.

“Ujian terbesar saya ramadan kali ini adalah bila saya ditolak dengan kasar oleh seorang bodyguard menteri yang datang ke event di Karangkraf dan saya adalah hos utamanya,” dakwanya.

Hingga kini, dakwaan itu tidak merujuk kepada acara mana.

Hussamuddin juga berkata dia telah menjadi tuan rumah kepada banyak golongan kenamaan termasuk sultan, perdana menteri, menteri besar dan menteri tetapi tidak pernah berlaku insiden seperti itu.

Beliau menyifatkan pengawal peribadi itu sebagai overzealous (melampau). – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp