TERKINI

Pendaftaran GTA Belum Dilulus, Tun M Mahu Tumpu Proklamasi – Khairuddin

Foto Awani

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2023 – Menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Gerakan Proklamasi Orang Melayu (Proklamasi) merupakan keutamaan bagi Tun Mahathir Mohammad ketika ini.

Khairuddin yang juga Ketua Mobilisasi Proklasmi berkata selepas mesyuarat bersama bekas Perdana Menteri itu di Yayasan Al Bukhary semalam.

“Dalam mesyuarat tersebut Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberikan pencerahan kepada kami bahawa beliau tidak berhasrat meninggalkan GTA atau membubarkan GTA secara sepenuhnya.

Kata Khairuddin lagi, Tun M berpendapat buat masa ini Gerakan Tanah Air (GTA) adalah tidak dapat berfungsi kerana pendaftaran belum diluluskan lagi oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Dalam masa yang sama, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu berdiri sebagai orang Melayu tanpa membabitkan diri atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik bagi menyatu-padukan semula orang-orang melayu di negara ini.

Khairuddin juga berkata ini kerana Gerakan Proklamasi bergerak secara ‘non partisan’ serta tidak bermotifkan politik kepartian.

“Motif utama Proklamasi Orang Melayu adalah untuk memperkasakan kembali kedudukan bangsa melayu dalam segenap sektor demi menjaminkan kesejahteraan masa depan orang-orang melayu.

Beliau menegaskan bahawa orang-orang Melayu hanya mahu menumpukan daya-usaha untuk memulihkan semula hala-tuju mereka disamping menghormati hak-hak kaum lain di negara ini.

“Kita amat menghormati perlembagaan negara dan tetap berpegang utuh pada agenda membangunkan sebuah negara berbilang kaum secara berkasih-sayang sesama keseluruhan bangsa-bangsa di negara kita.

“Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad juga mahu bina Malaysia Baharu yang progresif yang aman damai.

“Agama-agama lain tetap dihormati oleh orang-orang melayu.

“Unsur-unsur memprovokasi institusi DiRaja juga tidak akan diizinkan sama sekali oleh gerakan kami. Katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp