TERKINI

Proklamasi Orang Melayu : 13 Ketua Mobilisasi Terima Watikah Perlantikan

Foto – Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2023 – Seramai 13 orang Ketua Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu menerima watikah perlantikan dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu acara ringkas di Kinrara, semalam.

Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu (Proklamasi), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ketua-ketua yang dilantik dari 13 buah negeri iaitu Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan menjadi ketua penggerak kempen tandatangan Proklamasi.

“Alhamdulillah, hari ini semua ketua-ketua negeri penggerak Proklamasi telah menerima watikah perlantikan dan mereka akan memulakan gerak kerja di peringkat negeri.

Menurut Khairuddin, ketua-ketua ini akan merancang serta melaksanakan program-program untuk mendapatkan tandatangan daripada rakyat.

Hadir sama dalam acara tersebut Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Wira Marzuki Yahya, Dato’ Sri Ir. Mohd Zin Mohamed serta ahli jawatankuasa Sekretariat Proklamasi Orang Melayu.

Dalam acara ringkas tersebut, Khairuddin dalam ucapannya mengeaskan bahawa usaha Proklamasi ini adalah bertujuan untuk menyatukan orang-orang Melayu melangkaui perbezaan politik demi mengukuhkan lagi perpaduan demi menjaga kepentingan bangsa Melayu.

Usaha Proklamasi ini semakin giat dijalankan ke seluruh negara. Dua hari lalu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Md Yassin telah menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan Mahathir atas matlamat penyatuan Melayu dan Islam. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp