TERKINI

Pendidikan Profesional : Kerjasama NGO Dan UMCCed Usaha Yang Baik – Tun Mahathir

MOU UMCCed dan PP.IUB – foto PP.IUB

PUTRAJAYA, 3 Mei 2023 – Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar usaha yang dilakukan oleh institusi pendidikan professional seperti Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) bersama Badan Bukan Kerajaan dapat diteruskan serta ditambah baik agar program yang ditawarkan dapat menjana perubahan sikap peserta dalam kerjaya mereka.

“Kerjasama ini (NGO dan UMCCed) baik, perlu ada usaha tambah baik dalam modul kursus bagaimana sikap peserta boleh jadi lebih baik selepas sertai kursus ini. Katanya.

Beliau menyuarakan pandangan itu dalam satu acara penyerahan memorandum perjanjian (MOA) antara UMCCed dan Persatuan Alumni Pusat Pembelajaran Usahawan Bumiputera Maju Malaysia (PP.IUB), petang semalam.

Menurut Pengerusi PP.IUB Hajah Bibi Sunita Hj Sakandar Khan, dalam sesi tersebut Tun Mahathir banyak memberi pandangan tentang bagaimana penambahbaikkan kursus beserta modul baharu yang bakal dilaksanakan menerusi kerjasama diantara UMCCed dan Humanity Workplace Centre (HWC).

“Program baharu ini ialah kursus Persijilan Keusahawanan Impak Sosial (KiS) yang direkabentuk kepada golongan anak-anak berumur 15 hingga 17 tahun di seluruh Malaysia. Program ini dijangka akan dimulakan pada Julai 2023 ini. Ujarnya.

Bibi Sunita berkata, MOA ini telah berjalan sejak 2016 dan kerjasama ini diteruskan untuk tempoh berikut dengan beberapa penambahbaikkan dalam modul yang disediakan oleh pihak UMCCed.

“Ini (MOA) adalah penyambungan tempoh selama 3 tahun lagi iaitu sehingga Dec 2025. Ikatan MOA telah dijalinkan sejak tahun 2016 dimana melalui kursus Persijilan Pengajian Islam ini ada 4 program boleh dilaksanakan diseluruh Malaysia iaitu Kursus Usuluddin, Kursus Syariah, keduanya mengambil masa selama 12 bulan.

“Bagi kursus Pengajian Kemahiran Membaca Quran dan kursus bahasa Arab ia dijalankan selama 18 bulan. Ujarnya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut Encik Mohd Zaki bin Mohd Yaacob, Pengurus Korporat Komunikasi UMCCed serta Pn Hjh Bibi Sunita binti Hj Sakandar Khan selaku Pengerusi Persatuan Alumni PP.IUB dan salah seorang Pengasas Humanity Workplace Centre (HWC) beserta tenaga-tenaga Pengajar bagi Modul KiS ini. – malaydaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp