TERKINI

Titah Adendum : Ada isu jenayah pengabaian tanggungjawab – KP Pejuang

Rafique Rashid (gambar kecil) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 7 Jan 25 – Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rafique Rashid mendakwa bahawa terdapat isu yang terkait dengan jenayah berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan yang telah memberikan kebenaran kepada Najib Razak untuk menghujahkan samada wujud atau tidak Titah Addendum

Menurutnya, kesimpulan daripada keputusan itu, isu jenayah samada menghina kuasa sah di sisi undang-undang bagi penjawat awam.

“Tidak keterlaluan untuk kita simpulkan bahawa terdapat isu terkait dengan jenayah samada menghina kuasa sah di sisi undang-undang bagi penjawat awam ataupun secara ekstremnya pengabaian tanggungjawab dan/atau pengkhianatan dan/atau pelanggaran sumpah setia kepada perlembagaan. Katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rafique yang juga seorang peguam berkata, persoalan ditimbulkan Najib Razak adalah bahawa terdapat satu Titah Addendum (tambahan) pada tarikh sama yang juga menyatakan Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Abdullah telah menitahkan baki hukuman pemenjaraan Najib Razak adalah dijalankan di rumah kediaman (House Arrest).

“Pada 14.2.2024, 22.3.2024, 29.3.2024 dan 19.2.2024 Najib Razak telah menulis kepada samada Peguam Negara dan/atau Perdana Menteri dan/atau Timbalan Perdana Menteri 1 dan/atau Lembaga Pengampunan dan/atau Menteri Dalam Negeri dan/atau Pengarah Penjara dan/atau Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) dan/atau Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri.

“Tiada jawapan diperolehi. Maka Najib Razak telah ke Mahkamah pada April 2024.

“Tetapi persoalan jauh lebih penting adalah mengapa Kerajaan, Kabinet dan/atau pihak-pihak yang dinamakan di perenggan 9 di atas ini tidak menjawab pertanyaanpertanyaan yang diutarakan?, soalnya.

Tambah Rafique, kegagalan ini menunjuk bahawa Kerajaan ini tidak ada ketelusan dan tidak ada keberanian untuk membuat penjelasan.

“Perdana Menteri menyatakan ianya sub-judis. Tetapi isu sub judis hanya diguna pakai sekiranya Mahkamah telah bersidang. Dari bulan Februari ke April ada 60 hari tempoh itu sub judis tidak wujud lagi.

“Mengapa Menteri Wilayah tidak jawab bagi pihak Lembaga Pengampunan? Bukankah Menteri Wilayah wakil Kerajaan dalam Lembaga Pengampunan?

Beliau turut mempersolkan mengapa Peguam Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Undang-Undang dan Reformasi Institusi) tidak jawab pertanyaan Najib Razak.

“Isu wujud atau tidak addendum adalah perkara kedua. Yang penting adalah mengapa Kerajaan gagal jelaskan pada peluang paling awal surat-surat Najib Razak ini.

“Dari Februari 2024 membawa ke Januari 2025 Kerajaan gagal melaksana sumpah mempertahan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang terkait dengan isu ini.

“Rakyat berhak menuntut peletakkan jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri 1, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) serta Menteri Dalam Negeri.

“Persoalan ini yang paling penting. Kerana rakyat hendak faham apa pendirian Kerajaan. Ujarnya.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dengan majoriti 2-1, membenarkan rayuan Najib, 72 untuk mendapatkan kebenaran itu.

Ketika membaca keputusan, Mohd Firuz berkata, mahkamah memerintahkan kes terbabit diremitkan atau dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya merit semakan kehakiman ini diputuskan.

Menurutnya, alasan utama mahkamah menolak permohonan kebenaran, ialah berdasarkan fakta bahawa, Najib selaku perayu hanya bergantung kepada keterangan dengar cakap.

Bagaimanapun, berdasarkan bukti baharu, dua hakim di sini mendapati isu khabar angin atau dengar cakap itu, tidak lagi boleh dipertahankan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp