TERKINI

Pengampunan Anwar Tidak Batalkan Sabitan Mahkamah, kata peguam

Haniff Khatri (kanan) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 28 Sept 2023 – Pengampunan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membatalkan sabitan kesalahan terhadap tuduhan beliau meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, kata peguam.

Haniff Khatri berkata, pada 10 Jan lepas, Mahkamah Persekutuan telah mengatakan tiada mana-mana bahagian pengampun, mengampunkan sabitan.

“10 Jan tahun ini Mahkamah Persekutuan dalam kebenaran kami mohon rayuan yang saya katakan menang dalam kalah.

“(Hakim mengatakan) daripada semakan keempat penjuru penghakiman dokumen penghakiman, kami dapati tidak ada mana-mana bahagian pengampunan mengampunkan sabitan.

“Dan kenyataan yang arif berkenaan cukup untuk kami menang dalam kalah. Kami tak perlu hujah lagi,” kata Haniff, dalam program bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, semalam.

Sehubungan itu katanya, adalah tidak benar jika terdapat mana mana pihak mengatakan pengampunan Anwar membatalkan sabitan terhadap kesalahannya waktu itu.

“Perkara ini berbangkit kerana saya terlibat satu kes cabaran pengampun. Anwar telah sendirinya mengatakan sabitannya dibatalkan sedangkan daripada fahaman kami pengampunan hanya terhadap hukum, bukan sabit. Kalau ada hukuman terhadap sabitan adakah sultan atau raja boleh ampunkan sabitan.

“Mahkamah dapati tidak ada bahagian dalam pengampunan mengampunkan sabitan. Itu kedudukan penemuan mahkamah,” kata Haniff lagi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp