TERKINI

Pengampunan Najib : Akan Timbul Konflik Kerana Anwar PM Atas Sokongan UMNO – Wan Azliana

Peguam Wan Azliana Wan Adnan – foto kosmo

KUALA LUMPUR, 8 April 2023 – Pengamal undang-undang, Wan Azliana Wan Adnan berpendapat akan timbul isu konflik kepentingan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sebahagian daripada Lembaga Pengampunan.

Dalam perkembangan isu pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak, Azliana mengatakan bahawa isu konflik kepentingan ini akan timbul kerana Anwar menjadi Perdana Menteri atas sokongan Umno, dan keputusan MKT Umno secara tak langsung akan mempengaruhi Anwar.

“Of course ada conflict of interest, Umno sebahagian dalam kerajaan, tanpa Umno Anwar Ibrahim tak dapat jadi PM.

“Persepsi bahawa Anwar tidak akan dapat memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong tanpa prejudis, adalah kerana sebab yang disebut. Ujarnya.

Azliana turut menambah bahawa Umno boleh menarik sokongan daripada Anwar jika beliau tidak menyokong petisyen Najib.

“Ramai lagi inmates (banduan) yang sedang menunggu keputusan pengampunan, kenapa kes Najib diberi perhatian? Umno akan tarik sokongan kepada Anwar jika Anwar tak sokong petisyen Najib. Katanya.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno semalam bermesyuarat dan memutuskan untuk memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.

Sehubungan itu MKT sebulat suara bersetuju untuk memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong berserta memorandum yang ditandatangani seluruh kepimpinan Umno daripada 191 Bahagian termasuk Wanita dan sayap Pergerakan Pemuda serta Puteri Umno. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp