TERKINI

Pengendali media sosial tak sebelahi kerajaan, ditindas, kata ‘Papagomo’

Fahmi Fadzil (kiri), Wan Muhammad Azri Wan Deris (kanan) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 5 Nov 2023 – Pempengaruh media sosial terkenal, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali Papagomo menyifatkan keyataan menteri Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil sebagai suatu bentuk penindasan kepada pengendali media sosial yang tidak menyebelahi kerajaan.

Dalam satu kenyataan, Azri berkata, jika isu yang dibangkitkan itu adalah fitnah, maka kerajaan boleh menyaman pengendali laman media sosial tersebut.

“Ini satu bentuk ugutan, ugutan kepada pengendali media sosial terutama mereka yang bergiat aktif di dalam tiktok yang mana tak menyebelahi pihak kerajaan.

“Sebab bila Fahmi (Fadzil) bagitahu melalui kementerian dia nak menangani, menangani apa? apa isu yang nak menanganinya? kalau isu tersebut isu yang fitnah, saman dan selama ini pun itu juga yang dibuat oleh pihak kerajaan, buat laporan polis, saman. Kata beliau kepada malayadaily, kelmarin.

Dalam ulasan tersebut, Azri mempersoalkan mengapa perlu kementerian memanggil pengendali media sosial berhubung isu-isu yang dibangkitkan, yang dikatakan tidak bekerjasama.

“Jadi kenapa sampai nak memanggil pengendali media sosial yang mana dia kata enggan beri kerjasama.

“Setakat hari ini mana-mana pengendali media sosial yang bukan menyokong kerajaan apabila dibuat laporan polis mereka hadir memberi keterangan di balai polis, setakat ni tak ada yang terkecuali jadi apa faedah kenapa dia .. nak bagitahu supaya yang mana enggan bagi kerjasama ni akan dipanggil untuk apa? apa hak kementerian untuk panggil? apa kuasa bidang dia?, ujarnya.

Azri juga berpendapat ini merupakan satu salahguna kuasa yang dilakukan oleh menteri.

“Jadi ini satu lagi bentuk penindasan yang mana salahguna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan ‘madanon’ dibawah kementerian Fahmi Fadzil untuk mengugut influencer, content creator, mereka-mereka yang bergiat aktif dalam media sosial ini yang tidak menyokong kerajaan.

“Jadi satu lagilah bentuk salahguna kuasa, yang ini kita akan catat dan kita akan pastikan, tumbang esok mereka ini kita akan heret mereka ini ke muka pengadilan kerana salahguna kuasa yang dilakukan tu terlalu banyak dan sangat melampaulah. Katanya.

Baru-baru ini, Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Strategik Kerajaan Perpaduan berkata serangan di media sosial terhadap kerajaan datang dari pelbagai saluran dan berlaku pada bila-bila masa.

Justeru katanya Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah melakukan beberapa perkara bagi menangani perkara itu termasuk memanggil pengendali platform media sosial yang selama ini enggan memberi kerjasama dengan kerajaan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp