TERKINI

Penjenamaan surat khabar Melayu, sangat negatif – Prof Murad

Ahmad Murad Merican – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 31 Disember 2023 – Sikap yang tidak sihat dikalangan cendekiawan terhadap surat khabar Melayu memberi kesan terhadap proses penjenamaan surat khabar tersebut dimana, akhirnya ia turut menjejaskan penjenamaan Melayu itu sendiri.

Ungkapan tersebut dijelaskan oleh Profesor sejarah sosial dan intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Prof Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican dalam rakaman wawancara Orasi Orang Kita bersama malayadaily, baru-baru ini.

Menurut Murad, cendekiawan Melayu memandang rendah terhadap surat khabar Melayu dan menganggap hanya sesuai digunakan untuk bungkus nasi lemak atau bungkus ikan.

“Ini melibatkan satu sikap yang tidak begitu sihat terhadap surat khabar Melayu para cendekiawan Melayu, profesor-profesor Melayu.

“Mereka memandang enteng, memandang rendah terhadap surat khabar Melayu, mereka kata surat khabar Melayu ni boleh (surat khabar dari segi maksud saya surat khabar yang hardcopy) digunakan untuk bungkus nasi lemak atau bungkus ikan, ini satu sikap yang begitu negatif sekali. Ujar beliau

Murad juga berkata, walaupun digalakkan menulis dalam surat khabar, mereka tidak menulis di akhbar kerana ia dianggap picisan.

“Jadi ini merupakan sikap yang terdapat daripada dulu tentang penulisan surat khabar.

Murad turut menjelaskan peranan wartawan dan editor yang perlu untuk menggalakkan surat khabar konvensional ke akhabr atas talian agar rakyat dapat membaca.

“Satu lagi masyarakat tidak baca surat khabar, masyarakat mengatakan “oh saya tidak baca surat khabar saya baca online portal“.

“Ya surat khabar itu akan berubah kepada online tapi yang pentingnya adalah wartawan dan editor pengusaha surat khabar mesti promote, mesti menggalakkan surat khabar hardcopy itu kepada online.

Beliau juga menegaskan bahawa penjenamaan semula akhbar Melayu perlu dibuat kerana jika tidak, maka penjenamaan Melayu akan terjejas.

“Dan (akhbar) online tu mesti kita menjenamakan semula, jadi apabila disebut surat khabar Melayu penjenamaan yang amat negatif.

“Apabila institusi surat khabar dalam institusi kewartawanan Melayu ini goncang, maka ia akan menjejas penjenamaan Melayu.

“Ini penting untuk kita lihat sebab surat khabar tu dia membawa satu takrif identiti Melayu dan penjenamaan orang Melayu di Malaysia itu. Katanya.

Rakaman wawancara ini dapat ditonton di youtube@MalayaDailyOfficial. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp