TERKINI

Perang Iran Israel: Jordan pertahan tindakan tembak dron Iran

Dron Iran ditembak – foto Reuters

AMMAN, 15 Apr 24 – Jordan mempertahankan tindakan memintas dan menembak jatuh dron Iran di ruang udaranya pada Ahad.

Menurut Menteri Luarnya, Ayman al Safadi, negara itu konsisten dengan polisinya bahawa ia akan bertindak ke atas pencerobohan pihak asing di ruang udaranya.

“Kami mempunyai polisi kekal. Kami akan bertindak ke atas setiap dron dan peluru berpandu yang menceroboh ruang udara kami untuk mengelak ia mengancam Jordan dan rakyatnya.

“Ini pernah berlaku sebelum ini apabila peluru berpandu jatuh di dalam wilayah Jordan dan membahayakan rakyat kami. Ini adalah polisi kami.

“Keutamaan kami adalah melindungi rakyat dan keselamatan serta kestabilan negara. Sehubungan itu, penilaian sebenar mendapati dron dan peluru berpandu ini membahayakan dan mengancam kami,” katanya.

Beliau juga tekankan Jordan juga akan mengambil pendekatan sama jika Israel melancarkan serangan.

Ayman turut memaklumkan kementeriannya memanggil duta Iran ke Jordan susulan isu penghinaan media Tehran terhadap negara itu. – Awani

Facebook
Twitter
WhatsApp