TERKINI

Pergolakan politik bukan perkara baharu, Pas Perlis mampu selesaikan, kata Mahathir

Mahathir Mohamad – foto Sekretariat 1000 wanita

SHAH ALAM, 29 Okt 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pergolakan politik berlaku dimana-mana saja dan ia bukan perkara baharu.

Menurut Mahathir, perbalahan dalam politik bukan perkara baharu dalam mana-mana pimpinan.

“Pergolakan politik berlaku di mana-mana sahaja dan dalam kerajaan hari ini pun sama juga situasinya, katanya dalam sidang akhbar Himpunan Seribu Wanita Melayu di Ideal Convention Centre (IDCC) dekat sini, semalam.

Mahathir berkata, beliau yakin mereka dapat mengatasi masalah ini dengan baik, ketika merujuk pada situasi politik di Perlis.

Baru-baru ini, terdapat laporan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis, Abu Bakar Hamzah mendakwa wujud rasa tidak selesa dalam gabungan parti tersebut ekoran pergolakan dalaman yang berlaku dalam Pas Perlis.

Namun, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, tiada pergolakan dalaman Pas di negeri tersebut. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp