TERKINI

Perkasa sokong wujud pusat pemulihan golongan LGBT Johor, pertikai kenyataan JFS

Irwan Fahmi Ideris – foto Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Dis 2023 – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyambut baik dan menyokong cadangan kerajaan negeri Johor untuk membina pusat pemulihan untuk golongan LGBTQ.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Penerangan Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, pusat pemulihan tersebut sebagai satu platform kesedaran untuk membawa balik mereka yang terpesong jauh untuk kembali ke pangkal jalan.

“Pada masa yang sama Perkasa mahu undang undang jenayah syariah diperkasakan untuk terus memberikan kesedaran kepada semua terutamanya umat Islam dan semua agama melarang perbuatan terkutuk ini. ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Perkasa menentang sekeras-kerasnya pendirian Justice For Sisters (JFS) yang mahukan penubuhan Pusat Pemulihan golongan LGBTQ di Johor dibatalkan dengan mengatakan cadangan pusat sebagai satu penyeksaan dan mencabuli hak asasi manusia.

“Perkasa ingin mengingatkan kepada JFS dan mana-mana pihak yang selama ini memperjuangkan hak asasi manusia seperti, Malaysia tidak pernah mengiktiraf mana mana golongan LGBTQ untuk dijadikan sebagai gaya hidup ataupun untuk menormalisasikan perbuatan ini di Malaysia.

“Kenapa kita perlu untuk menormalisasikan perbuatan terhina ini untuk terus bertapak di Malaysia? Ujar Irwan.

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Johor Mohd Fared Khalid berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM400,000 untuk menubuhkan pusat pemulihan itu yang dijangka beroperasi Julai tahun depan.

Fared berkata pusat pemulihan itu bukan sahaja diwujudkan bagi mereka yang terpesong akidah tetapi juga menempatkan golongan individu yang mengamalkan hubungan sesama jantina atau LGBT, yang disabitkan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Syariah. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp