TERKINI

Perlembagaan benarkan wakil rakyat sokong siapa-siapa – Sanusi

Muhammad Sanusi Md Nor – foto Youtube mkini

KUALA LUMPUR, 4 Jan 2024 – Memberikan sokongan kepada sesiapa yang selari dengan undang-undang dan perlembagaan adalah dibenarkan kerana ia berdasarkan demokrasi, demikian pandangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ketika ditanya dalam sidang media, Sanusi berpendapat bahawa ia proses yang dibenarkan oleh undang-undang, maka boleh dijalani.

“Saya rasa proses yang dibenarkan oleh undang-undang, boleh dijalani.

“Yang unconstitutional tu, tak bolehlah. Ujar beliau

Menurutnya, empat orang (ahli parlimen) yang menyokong Perdana Menteri tidak menjadi kesalahan dan tiada siapa yang mempertikaikannya.

“Tu empat orang depa sokong tu tak ada masalah, tak ada siapa komplen.

“Kalau sokong depa empat orang lima orang tu digambarkan sebagai tindakan yang berperlembagaan berdasarkan demokrasi, tindakan sebaliknya pun biasa saja.

“Kalau dia boleh ambil lima kalau kita boleh ambil 10, takkan nak marah kut, kalau sokong dia tak apa kalau tak dia tak kan tak boleh. Kata Sanusi.

Beliau mengulas isu dakwaan ‘Langkah Dubai’ yang sebelum ini dibangkitkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop.

JKOM sebelum ini mendakwa Langkah Dubai timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Beliau mendakwa, pertemuan itu berlangsung untuk berunding selain menetapkan tugas tertentu kepada ‘pegawai’ yang dipertanggungjawab untuk mengenal pasti ahli Parlimen yang berpotensi beralih sokongan kepada pembangkang dengan sogokan, semata-mata mahu menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp