TERKINI

Kementerian Sumber Manusia Mahu Kaji Monopoli Sektor Pekerja Asing

foto awani

PETALING JAYA, 26 Mac 2023 – Kementerian Sumber Manusia akan meneliti monopoli di sektor pengambilan pekerja asing bagi mengelakkan ada pihak mengaut keuntungan tinggi.

Menterinya V Sivakumar berkata pihaknya tidak mahu kumpulan tertentu mendapat manfaat daripada kelonggaran diberikan untuk memenuhi keperluan industri.

Kelonggaran itu antaranya meluluskan permohonan dalam tempoh tiga hari.

“Namun kerajaan merasakan jumlah kemasukkan pekerja asing sudah memadai dan sekarang kita sudah hentikan untuk memberi kelulusan buat sementara waktu.

“Kita tidak mahu wujud satu keadaan lebihan pekerja asing di negara kita,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud ketika ini sebagai langkah menyediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos berpatutan.

Beliau berkata semua kementerian diarahkan mengkaji kewajaran pelaksanaannya untuk penilaian adil terhadap isu itu. – sumber Free Malaysia Today

Facebook
Twitter
WhatsApp