TERKINI

Petisyen bantah kapal milik syarikat Israel berlabuh di Malaysia, dilancarkan

Petisyen bantahan – foto https://www.change.org/

KUALA LUMPUR, 18 Dis 2023 – Satu kempen menandatangan petisyen secara atas talian untuk menggesa kerajaan Malaysia melarang semua kapal milik Israel dari berlabuh di Malaysia.

Dalam satu edaran mesej menerusi applikasi whatsapp, petisyen tersebut dimulakan semalam, 17 Dis.

Menurut keterangan petisyen tersebut, kapal milik Zim Shipping (syarikat perkapalan Israel) telah dibenarkan berlabuh di Malaysia.

“Mereka boleh berbuat demikian kerana Kementerian Pengangkutan Malaysia membenarkan mereka. Alasannya adalah kapal-kapal itu didaftarkan di negara lain.

“Namun, memandangkan mereka dimiliki oleh syarikat Israel, mereka tidak sepatutnya dibenarkan berlabuh di Malaysia kerana dasar kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan perdagangan dengan Israel.

“Kami kini menyeru kerajaan Malaysia, terutamanya menteri pengangkutan, untuk melarang semua kapal milik Israel berlabuh di Malaysia.

Berdasarkan kenyataan petisyen ini juga, dikatakan sebuah kapal milik Zim dijadualkan berlabuh di Westport pada 26 Disember 2023.

“Kami menyeru Menteri Pengangkutan Malaysia untuk segera mengarahkan Lembaga Pelabuhan Klang untuk menolak kapal itu daripada berlabuh. Kegagalan berbuat demikian membayangkan bahawa kerajaan Malaysia tidak serius untuk menghentikan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Kempen ini meminta rakyat agar menyokong petisyen ini dengan menandatanganinya di sini: https://chng.it/rK8Wd56qg9malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp