TERKINI

Pilihanraya PBT : Putra seru parti politik Melayu bersatu, tolak cadangan pemimpin DAP

Gambar hiasan – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 18 Dis 2023 – Parti Putra menyeru kepada semua parti politik Melayu agar bersatu untuk tidak meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang dijadikan agenda DAP dan ideologi mereka.

Seruan tersebut oleh Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif yang menolak secara tegas cadangan Pengerusi DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai yang menggesa pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di ibu negara dilaksanakan dalam usaha menegakkan demokrasi.

“Pandangan Tan Kok Wai tidak membantu langsung dalam memperkukuhkan perpaduan antara pelbagai kaum di negara ini. Ujar Shahrulufti.

Menurutnya, terdapat kemungkinan besar berlakunya keburukan atau ketidakadilan dalam sesetengah situasi di mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mungkin tidak menjaga kesaksamaan dan kepentingan setiap kaum dengan adil dan saksama.

“Ini mungkin termasuk kecuaian yang nyata dalam memperuntukkan sumber dan peruntukan kepada masyarakat bumiputera, atau tindakan diskriminasi yang terang-terangan dalam proses pemilihan.

“Pilihanraya tempatan sering kali melibatkan persaingan politik yang ketat, dan dalam beberapa keadaan, ia boleh mencetuskan ketegangan dan konflik antara pelbagai komuniti atau kelompok masyarakat. Ini boleh mengancam keharmonian dan keselamatan negara. Ujar beliau.

Shahrulutfi berpendapat bahawa pilihanraya tempatan sepatutnya dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan dan aspirasi semua rakyat Malaysia, bukan hanya segelintir pihak yang berkepentingan.

Baru-baru ini, pemimpin parti DAP, Tan Kok Wai mencadangkan kepada kerajaan supaya memulakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di bandar raya itu.

Ahli Parlimen Cheras itu berkata, pengenalan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahun Negeri DAP Wilayah Persekutuan 2023 di sini pada Ahad. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp