TERKINI

Pindaan Akta Perubatan: Perlu jalankan libat urus secara terbuka, sebelum gubal pindaan akta

Gambar hiasan – foto NST

PUTRAJAYA, 12 Jun 24 – Cadangan kerajaan yang mahu meminda Akta Perubatan 1971, perlu mengadakan sesi libaturus yang menyeluruh kepada semua pemegang taruh agar pandangan dari pakar perubatan dan akademik, dapat didengar dengan jelas yang betul.

Menurut sumber, dikalangan pakar-pakar perubatan dan akademik, menyifatkan keputusan kerajaan yang mahu mencadangkan pindaan Akta untuk mengabsahkan program ‘Parallel Pathways’, perlu memahami secara komprehensif aspek proses pengiktirafan dan pendaftaran pakar-pakar perubatan dan kesannya.

Antara pandangan yang perlu diberikan perhatian ialah sesi libaturus harus terbuka kepada semua, bukan hanya dipilih berdasarkan kumpulan tertentu sahaja.

Apa jua pandangan yang akan menjadi hujah untuk cadangan pindaan akta tersebut, akan memberi kesan langsung kepada rakyat, khususnya pesakit.

Sumbernya yang sama juga mendakwa bahawa objektif untuk menambah bilangan pakar perubatan tidak boleh mengatasi standard piawaian yang telah digunakan oleh institusi dan amalan antarabangsa.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan dan Menteri Pendidikan Tinggi telah mengemukakan cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran melalui laluan parallel pathway.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan pindaan akta itu telah dikemukakan menerusi Memorandum Jemaah Menteri. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp