TERKINI

PKR Mahu Negara Pelbagai Kaum – Bekas Menteri

Mohd Zin Mohamed

KUALA LUMPUR, 19 Julai 2023 – PKR didakwa memperjuangkan negara berbilang kaum apabila perlembagaan parti itu tidak menyatakan secara khusus berkenaan nama semenanjung persekutuan Tanah Melayu, kata Timbalan Pengerusi Seketariat Proklamasi Orang Melayu Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

Dalam satu rakaman wawancara, Mohd Zin yang juga mantan Menteri Kerja Raya berkata, perlembagaan parti itu, hanya menyebut semenanjung Malaysia, dalam perlembagaannya dalam merujuk hak kesamarataan antara Sabah, Sarawak, dan semenanjung.

“Kalau kita semak perlembagaan PKR, apa yang disebut Tun Dr Mahathir, perlembagaannya berasaskan mewujudkan dan memperakui Malaysia negara berbilang kaum.

“Negara berbilang kaum ini adalah pegangan PKR kerana dalam perkara 5.8 (perlembagaan PKR) bila PKR ini menzahirkan kesamarataan Sabah dan Sarawak, dia tak sebut semenanjung Persekutuan Tanah Melayu dia sebut semenanjung Malaysia.

“Kemasukan wilayah Sabah dan Sarawak ibunya persekutuan Tanah Melayu. Kalau kita semak perlembagaan PKR ia tak sebut semenanjung Persekutuan Tanah Melayu ia sebut semenanjung Malaysia.

“Adakah PKR tak mahu perakui asal usul Malaysia adalah Persekutuan Tanah Melayu,” katanya

Sedangkan katanya, wilayah semenanjung sudah berkerajaan sendiri sebelum penubuhan Malaysia melalui penyertaan Sarakah, Sabah, dan Singapura.

“Sebelum itu ibunya adalah persekutuan Tanah Melayu. Inilah yang kita sebut ancaman menafikan hak dan keistimewaan orang Melayu berdasarkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” tambahnya.

Rakaman video tersebut boleh di tonton di sini.

Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata usaha mempromosi Malaysia sebagai negara berbilang kaum tidak selari dengan Perlembagaan memandangkan negara ini adalah negara Melayu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp