TERKINI

PM Digesa Henti Amalan Lantikan Politik Dalam GLC – Bersih

Foto Bersih

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2023 – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Perdana Menteri untuk menghentikan pelantikan politik di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan menjadikan proses lantikan secara terbuka kepada umum.

Jelas Jawatankuasa Pemandu Bersih, amalan lantikan politik yang sudah diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini, dakwanya, telah menyebabkan rasuah dan salah urus GLC.

Jawatankuasa itu merujuk kepada pelantikan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif di Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), sebuah syarikat milik kerajaan.

Walaupun Wong Chen layak dan berupaya untuk mengetuai syarikat tersebut, namun Bersih mempersoal adakah negara kekurangan rakyat sehingga Anwar terpaksa melantik Ahli Parlimen dari partinya itu.

Tambah Bersih, pelantikan berkenaan seharusnya ditapis oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) dan jelas Bersih, wakil rakyat perlu dielakkan sebagai calon bagi jawatan dalam GLC.

Penapisan oleh JPKP akan memastikan hanya individu yang layak dilantik ke jawatan utama GLC dan badan berkanun kerana syarikat ini adalah penjaga kepada kekayaan awam, dan bukannya perniagaan swasta, dakwa Bersih. – Awani

Facebook
Twitter
WhatsApp