TERKINI

PRK DUN Jepak pada 4 Nov – SPR

Gambar hiasan – foto Kosmo Digital

PUTRAJAYA, 25 Sept 2023 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak pada 4 Nov depan.

Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 21 Okt dan 31 Okt.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, di sini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK DUN itu.

PRK DUN Jepak perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.

Talib, 72, meninggal dunia pada kira-kira pukul 5.50 petang ekoran komplikasi buah pinggang setelah dimasukkan ke pusat perubatan pada 14 Sept. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp