TERKINI

PRK KKB: Peguam mahu dedah gangguan pada sistem undang-undang dalam ceramah

Kempen PRK KKB, foto Rafique

PUTRAJAYA, 4 Mei 24 – Satu program ceramah bertajuk ‘Malam Solidariti Rakyat’ akan diadakan bersempena kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, malam ini yang akan menampil figura-figura yang sedang didakwa di mahkamah berhubung isu kasino Forest City.

Salah seorang penceramah, Peguam Rafique Rashid ketika dihubungi berkata, beliau akan memberi ucapan berhubung ungkapan Anwar Ibrahim yang dilaporkan mahu menyumbat pemfitnah ke penjara Sungai Buloh.

Rafique yang juga peguam kepada Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dan Chegu Bard yang kini didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 berkata, beliau akan mengulas kenyataan Anwar yang didakwa sebagai mencampuri urusan keadilan mahkamah.

“Saya akan bongkar bagaimana Anwar cuba kacau ganggu sistem undang-undang Negara!, katanya.

Turut serta dalam ceramah ini Chegu Bard, Papagomo, YB Viral termasuk calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi manakala pengundian awal pada 7 Mei. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp