PUTRAJAYA, 7 Julai 24 – Presiden Putra, Ibrahim Ali menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil, Sungai Bakap yang dimenangi oleh calon Perikatan Nasional (PN), sebagai keputusan luar biasa.
Menurutnya, orang-orang Melayu di Sungai Bakap telah mula sedar akan kelemahan kerajaan Madani.
“Orang Melayu dan Cina, India, marah harga diesel naik 1.20 sen jadi 3.25 sen dan Melayu marah umno kerjasama dengan DAP dan Anwar dan benci Presiden umno Zahid yg ada 47 kes. Kata Ibrahim Ali.
Beliau juga menyifatkan sikap para pengundi sangat luar biasa kerana tidak terpengaruh dengan segala bentuk kebendaan yang diberikan.
“Melayu Sungai Bakap telah menunjukan sikap luar biasa dan melayu telah mula sedar, tabur kebendaan dan wang ringgit diambil, tapi tak undi PH.
“Anak muda dapat topi kelender percuma tapi tak undi PH.
“Beras tempatan Mat Sabu, Melayu ambil dan masak, tapi tak undi PH.
“Wang ambil undi No. – ujarnya.
Dalam PRK kali ini, calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dengan majoriti yang lebih besar iaitu 4,267 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Joohari Ariffin yang mendapat 10,222 undi. – malayadaily.com