TERKINI

PRK Sungai Bakap, 6 Julai – SPR

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 6 Jun 24 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang pada 6 Julai depan.

Timbalan Pengerusi SPR, Azmi Sharom, mengumumkan 22 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal dijadualkan pada 2 Julai.

“Bajet untuk PRK itu dianggarkan RM2.1 juta,” katanya pada m sidang media di Menara SPR di Putrajaya hari ini.

Kerusi Sungai Bakap kosong berikutan kematian penyandangnya, Nor Zam Latiff, 56, pada 24 Mei lalu akibat radang perut.

Semasa pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum ke-15, Nor Zam menang dengan majoriti 1,563 menentang Pakatan Harapan – calon PKR Nurhidayah Che Rose.

PRK Sungai Bakap merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp