KUALA LUMPUR, 30 Julai 2023 – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki diminta agar berhenti melindungi perbuatan menormalisasikan rasuah.
Ketika merujuk kenyataan Ketua SPRM itu, Peguam, Rafique Rashid berkata perbuatan sogokan boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas pilihan raya.
“Rasuah tidak kenal pilihanraya atau tidak. Beli undi mestilah salah pada bila-bila masa.
“Jelas yang timbul dari apa yang Zahid buat semasa program (Sentuhan Kasih Desa) adalah umum pemberian.
“Bergurau pula lepas itu kalau mahu lebih, kena menang lebih besar.
Rafique berkata pengumuman Zahid Hamidi merupakan suatu perbuatan menormalisasikan rasuah.
“Itu yg dilakukan oleh TPM kerana sehari sblm itu PM dah umum Ekonomi Madani, e-wallet RM100 dan bantuan khas RM 300 orang-orang pencen.
“Kenapa sekarang? Kenapa di ambang PRN?, ujarnya ketika mengulas kenyataan Azam yang berkata pemberian geran oleh Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada belia di Terengganu, tidak menjadi satu kesalahan rasuah. – malayadaily.com