TERKINI

PRN 2023 : “Kamu silap undi, kamu akan jadi Kedah, Kelantan, Kata Anwar

Anwar Ibrahim – foto malaysiakini youtube

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2023 – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Selangor bahawa negeri itu akan menjadi seperti Kedah dan Kelantan sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ucapan tersebut telah dimuat naik oleh portal malaysiakini, pada Rabu.

“Kamu silap undi, kamu akan jadi Kedah, kamu silap undi lagi, kamu akan jadi Kelantan,” kata Anwar di program ceramah Jelajah Bersama PMX, di Dewan Muhibbah, Tanjung Sepat, Sepang.

Bagaimanapun, Anwar tidak menjelaskan secara terpeinci mengenai apa yang dimaksudkan Selangor akan menjadi seperti Kedah dan Kelantan sekiranya PN menawan negeri itu

Dalam laporan malaysiakini, beliau dipetik berucap di hadapan lebih 2000 hadirin yang majoritinya masyarakat Cina di Tanjung Sepat, Pengerusi PH itu berkata pengundi di Selangor perlu mengundi gabungan PH-BN untuk menunjukkan bahawa negeri itu milik semua kaum.

“Saya minta pengundi Selangor untuk tunjuk (kepada) Bersatu dan PAS, ini negeri kepada semua kaum. Rakyat Selangor kena tunjuk mereka bukan bodoh. Dia (PN) boleh beli satu dua orang. Tapi tak boleh beli semua.

Turut hadir Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki; Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong; calon PH DUN Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah; calon BN DUN Dengkil, Norazli Said dan calon PH Sungai Pelek, Lwi Kian Keong. – malaysiakini.com

Facebook
Twitter
WhatsApp