TERKINI

Ucapan Guan Eng Juga Sentuh Isu 3R – Shahril Hamdan

Shahril Sufian Hamdan – foto youtube keluar sekejap

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2023 – Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyifatkan ucapan Lim Guan Eng yang dilaporkan mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang, juga melibatkan isu 3R.

Beliau berkata demikian dalam siri podcast Keluar Sekejap, semalam berkaitan isu tangkapan dan pendakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dibawah Akta Hasutan.

“Persoalan yang legitimate (wajar) perlu juga diutarakan terhadap beberapa ucapan-ucapan yang saya boleh gambarkan 3R juga, termasuk yang kita kupas tempohari, Pengerusi DAP, bekas Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng yang dikhabarkan juga disiasat.

“Saya rasa perlu nampak ada (tindakan) walau pun tak sama (isu raja), kita tak kata Guan Eng dituduh menghina sultan, tetapi 3R itu ada 3R, bukan 1R. Katanya.

Shahril berpendapat ucapan Guan Eng itu melangkaui soal parti PAS sebaliknya ia menyentuh soal kepimpinan politik Melayu Islam yang mana itu termasuk dalam 3R yang seharusnya mendapat layanan yang sana dengan Sanusi.

“Jadi bagi saya, kita bercakap tempohari ucapan Lim Guan Eng itu walaupun saya bukan ahli PAS, dan (you know) KJ pun tahu mungkin ada ‘reservation’ (kesangsian) tentang PAS sedikit, tetapi ini soal melangkaui soal parti PAS, dan soal kepimpinan politik PAS, ini soal kepimpinan politik Melayu Islam yang digambarkan oleh Lim Guan Eng (ucapan) boleh membawa kepada robohnya kuil hindu, saya rasa itu pun termasuk dalam 3R. Yang patut juga mendapat layanan yang serupa.

Pandangan tersebut turut dikongsi oleh rakan podcast beliau iaitu Khairy Jamaluddin.

Kalau betul (dan kita akan serah kepada mahkamah), Sanusi telah langgar one of the 3R (salah satu dari 3R) iaitu Raja-raja, Guan Eng telah langgar two of the 3R (dua dari 3R), race and religion (bangsa dan agama).

“Jadi kita nak melihat betapa konsisten tindakan daripada siasatan dan juga tuduhan (Guan Eng) daripada Jabatan Peguam Negara.

“So (jadi) saya rasa apa yang Shahril bangkitkan itu sangat fair. Ujar Khairy. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp