TERKINI

PRN Enam Buah Negeri Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2023 – Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan enam negeri Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, bermula hari ini dengan 173 pusat penamaan calon mula dibuka pada 9 pagi ini.

Sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan di enam negeri itu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini dan akan berakhir pada 11.59 malam, 11 Ogos nanti.

SPR juga telah menetapkan tarikh pengundian untuk PRN 6 buah negeri serta PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak dengan 12 Ogos, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Untuk rekod DUN Kelantan mempunyai 45 kerusi dibubarkan pada 22 Jun diikuti Selangor yang mempunyai 56 kerusi pada 23 Jun, manakala Pulau Pinang (40 DUN), Kedah (36 DUN) dan Terengganu (32 DUN) masing-masing dibubarkan pada 28 Jun, sementara Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi DUN, dibubarkan pada 1 Julai lepas.

Mengikut rekod SPR, seramai 9,773,571 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRN enam negeri itu iaitu ;

  1. Selangor seramai 3,747,057 pengundi
  2. Kedah (1,585,085)
  3. Kelantan (1,411,912)
  4. Pulau Pinang (1,234,198)
  5. Terengganu (930,894)
  6. Negeri Sembilan (864,425).

– malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp