TERKINI

Projek PSI : Untung Secupak Rugi Bergantang – NGO LEKAS

Zikrullah Ismail – foto facebook UMMAH

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2023 – Pengerusi Pertubuhan Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (LEKAS), Zikrullah Ismail menyifatkan projek Penang South Island (PSI) hanya akan memberi keuntungan ‘secupak dan rugi bergantang-gantang’.

Dalam satu forum yang diadakan secara atas talian yang bertajuk ‘Tambak Laut Pulau Pinang – Siapa Untung Siapa Rugi’ dan disiarkan secara langsung menerusi facebook pada Rabu, Zikrullah berkata apabila kita menghancurkan ekonologi dan ekosistem, ia akan memberi impak yang negatif.

“Projek PSI ini untung hanya secupak dan ruginya bergantang-gantang.

“Banyak pihak terkesan dan akhirnya ia akan memberi impak yang negatif berbanding positif.

“Bila kita menghancurkan ekologi dan ekosistem demi model acuan yang tak mampan akhirnya ia akan menghasilkan krisis.

Beliau yang juga aktivis masyarakat berkata, masalah projek PSI ini melibatkan isu berkaitan ekosistem, isu keterjaminan makanan dan juga isu bekalan air.

Beliau berkata, apabila pulau tersebut siap, maka jumlah populasi akan bertambah dan ini akan menyebabkan permintaan bekalan air bersih juga akan meningkat sedangkan masalah air di Pulau Pinang ini perlu diuruskan dengan lebih cekap.

“Bila mana projek itu diteruskan, ia akan menambah populasi di pulau, dalam keadaan Pulau Pinang masih tidak mengurangkan lagi penggunaan air perkapita, yang paling tinggi di Malaysia adalah Pulau Pinang.

“Masalah ini masih belum diselesaikan dan dalam masa yang sama kita membentuk perintaan air baru yang mana ia akan bagi kesan terhadap keterjaminan air dalam keadaan kita ada sedikit perbalahan dengan negeri jiran berkaitan isu air.

Zikrullah juga menambah, ia juga memberi kesan pada krisis sosial apabila projek ini berjalan, ia akan membawa kesan migrasi kemasukan penduduk baru ke kawasan itu. Secara umumnya nilai tanah disitu akan menjadi mahal.

“Bila tanah mahal, kita takkan fikirlah orang-orang tempatan mampu beli sepenuhnya perumahan dikawasan tersebut.

“Jadi bila kita jemput orang luar tu dia akan ada sedikit cabaran-cabaran dalam hidup sosial.

Beliau mengulas bahawa pembinaan asrama warga asing sebagai pemangkin terhadap pembinaan tambak laut ini akan membawa masuk lebih ramai warga asing daripada penduduk asal yang mana ia akan membawa potensi terhadap krisis sosial.

“Akan masuk asrama pekerja asing untuk kapasiti 40 ribu orang, sedangkan penduduk tempatan dikawasan selatan Pulau Pinang sekitar Teluk Kumbar, Sg Batu sekadar 15-20 ribu orang saja.

Zikrullah berkata, ini termasuk juga dengan krisis berkaitan dayahuni penduduk di situ krisis perumahan maksudnya dah rumah mahal banyak jadi orang-orang tempatan pun tak mampu jadi di situ akan ada kesan-kesan yang lain.

“Di sini kita boleh nampak banyak yang berimpak bersifat negatif samada isu alam sekitar, karbon foot print, isu laut tercemar dan isu lain yang disebutkan.

“Jadi bila kita mengganggu alam sekitar ia akan jadi penghalang terhadap kestabilan sosial dan pertumbuhan ekonomi sebenarnya.

Bagi Zikrullah, projek pembangunan tidaklah semudah membuat pembangunan kerana yang paling penting pembangunan yang bagi impak tinggi dan positif adalah pembangunan yang secara mampan.

Sebelum ini, Kerajaan negeri Pulau Pinang telah berjaya memperoleh Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA dan kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi projek tambakan laut Selatan Pulau Pinang atau Penang South Islands (PSI).

Namun demikian, pada 11 Mei kerajaan negeri telah mengumumkan rancangan projek tambak laut Pulau Pinang Selatan (PSI) dikurangkan daripada tiga pulau kepada hanya satu pulau sahaja iaitu pengurangan dari 1,821 hektar (4500 ekar) tambakan laut kepada hanya 930 hektar (2,300 ekar).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu selari dengan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini meminta kerajaan negeri mengkaji semula dan memperkecilkan skop tambakan laut bagi projek tersebut – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp