TERKINI

Proklamasi Orang Melayu Bukan Seperti Reformasi – Marzuki Yahya

Marzuki Yahya – gambar Marzuki Yahya

KUALA LUMPUR, 5 Jun 2023 – Setiausaha Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Wira Marzuki Yahya menegaskan bahawa Proklamasi Orang Melayu bukanlah sepertimana Reformasi yang mengheret rakyat turun ke jalan raya berdemonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan.

Sebaliknya menurut beliau, Proklamasi adalah bertujuan mengajak orang Melayu bersatu untuk mengekalkan kemerdekaan dan kuasa politik orang Melayu.

“Bukan nak mengajak orang Melayu untuk berperang, saya mengenali Tun daripada mula dulu gerakan Deklarasi Rakyat, saya bersama-sama dengan Tun. Tidak pernah sekalipun Tun mengiakan kami untuk mengadakan sebarang demonstrasi sepertimana yang sepertimana yang dilakukan oleh Reformasi sebelum ini.

“Kita tidak mengajar orang Melayu untuk turun ke jalan, bukan untuk kepentingan nak menjadi pemimpin tetapi Tun Dr Mahathir mengajak orang Melayu bersatu untuk mengekalkan kemerdekaan ini, mengekalkan kuasa orang Melayu. Itulah Proklamasi Orang Melayu.

Ketika berucap dihadapan wakil penggerak Proklamasi, Marzuki menegaskan bahawa Proklamasi ini bukanlah sebuah organisasi sebaliknya ia adalah ilham Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

“Proklamasi ini bukanlah sebuah organisasi, sepertimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak bahawa Tun telah menubuhkan sebuah organisasi yang diberi nama Proklamasi Orang Melayu yang akan menjatuhkan kerajaan, yang akan menggerakkan satu daripada identiti politik, sebenarnya tidak.

“Proklamasi Orang Melayu ini adalah hasil ilham datang dari jiwa yang ikhlas, datang dari perjuangan yang jujur, yang mahu melihat bangsanya akan dibela mempertahankan kemerdekaan ini, keseluruhan 12 perkara itu datangnya daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri. Ujarnya.

Proklamasi yang dilancarkan oleh Mahathir pada Mac lalu adalah bertujuan untuk menyatukan kembali orang Melayu yang berpecah dalam pelbagai parti.

Beberapa pemimpin utama Bersatu, PAS dan Muafakat Nasional telah menyatakan sokongan dan telah menurunkan tandatangan, bersedia untuk bekerjasama dengan Mahathir untuk matlamat menyatukan kembali orang Melayu dan Islam. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp