TERKINI

Pengampunan Najib : Percaturan PMX dan Zahid

Khairuddin Abu Hassan (gambar kecil) – malayadaily.com

Percaturan kerajaan Madani BN telah berjaya menipu serta terus memperbodohkan keseluruhan ahli-ahli UMNO.

Semuanya sudah pun dirancang secara terancang oleh PMX serta Zahid Hamidi pada hakikatnya.

Mengapa pada mulanya Wilayah Persekutuan diletakkan di bawah PMX tetapi akhirnya menteri baru untuk menjaga Wilayah Persekutuan dilantik sebelum Lembaga Pengampunan bermesyuarat untuk membuat pengampunan secara ‘separa’ buat Dato Seri Najib Tun Razak.

Kebijaksanaan kerajaan Madani BN adalah meletakkan keputusan Lembaga Pengampunan di atas bahu DYMM Agung ke-16 mengenai pengampunan separa Dato Seri Najib Tun Razak.

Tidak banyak pihak yang menyoal kenapa Peguam Negara dan Menteri Wilayah Persekutuan tidak bawa cadangan pengampunan penuh?

Apakah ini bermakna kerana PMX sudah berpakat dengan Peguam Negara dan Menteri Wilayah Persekutuan untuk keputusan ini?

Bijak PMX, dia berundur diri dari menjaga Wilayah Persekutuan dan melantik YB Zaliha menerajui potfolio tersebut sebelum membuat keputusan sedemikian rupa?

Apakah YB Zaliha ingat dalam mindanya inilah muslihat PMX untuk ‘cuci tangan’ serta mengalih tanggungjawab pada orang lain?

Kepakaran PMX adalah ‘baling batu sorok tangan’ serta akhirnya beliau akan mengalih bebanan pada orang lain.

Sebenarnya PMX dan Zahid Hamidi ‘main wayang’ untuk menipu serta terus memperbodohkan ahli-ahli UMNO dalam isu pengampunan Dato Sri Najib Tun Razak.

Sebenarnya apa yang diramalkan dan diperkatakan oleh Dato Isham Jalil ‘tepat’ belaka.

Buat keseluruhan ahli-ahli UMNO ‘tepuk dada tanya selera’ dan kajilah secara terperinci apa yang diperkatakan oleh Dato Isham Jalil selama ini.

Khairuddin Abu Hassan – Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp