KUALA LUMPUR, 27 Mac 2023 – Kempen atas talian tandatangan orang ramai Proklamasi Orang Melayu telah dilancarkan, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu akan agenda perjuangan bangsa dan tanah air yang perlu diberi perhatian sewajarnya.
“Kempen ini akan berjalan berterusan agar ianya sampai kepada seluruh orang Melayu yang cintakan tanah air, menurut kenyataan itu lagi.
Proklamsi Orang Melayu telah dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 19 mac lalu, namun acara pelancaran tersebut terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana premis yang menyediakan dewan telah membatalkan tempahan.
Dalam kenyataan media yang sama, Sekretariat memberitahu bahawa kempen atas talian ini menyediakan satu borang tandatangan Proklamasi Orang Melayu menerusi pautan yang disediakan dan juga menerusi QR Code bagi memudahkan orang ramai mengakses dokumen ini. – malayadaily.com