TERKINI

Proklamasi Orang Melayu : Muhyiddin Sambut Kerjasama Dengan Tun M

Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin – foto sinar harian

KUALA LUMPUR, 2 Jun 2023 – Bekas perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menyambuat baik kenyataan Tun Dr Mahathir dan bersedia bekerjasama demi matlamat memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

Dalam satu hantaran di media sosial facebook hari ini, Muhyiddin berkata beliau sedar perkembangan politik mutakhir ini meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan yang getir.

“Saya menyambut baik kenyataan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan saya demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

“Saya sedar perkembangan politik mutakhir ini meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan yang getir.

“Maka sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Tun Dr Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara. Katanya.

Pada 31 Mei dua hari lalu, Mahathir menyatakan bahawa beliau sedia bekerjasama dengan Muhyiddin dengan satu matlamat iaitu menyatu dan membela nasib orang Melayu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp