KUALA LUMPUR, 26 Mei 2023 – Setiauasaha Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Wira Marzuki Yahya menekankan bahawa ketika ini Tun Dr Mahathir Mohamad hanya memberi keutamaan tentang nasib orang Melayu berbanding parti politik.
“Tun Mahathir hanya mahu mengutamakan nasib dan masa depan orang Melayu yang semakin hari semakin lemah. Tun tidak lagi memikirkan tentang mahu masuk parti mana atau parti apa.
“Bagi Tun, perkara yang lebih utama adalah menyatukan orang-orang Melayu dan pemimpin dibawah proklamasi tanpa mengira parti apa.
Ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden parti Bersatu, Faizal Azumu yang memuji langkah Tun Mahathir menggerakkan Proklamasi, beliau menekankan bahawa proklamasi ini adalah bertujuan untuk menyatukan kembali pemimpin dan orang Melayu tanpa mengira parti politik agar bersatu demi perjuangan masa bangsa.
“Kita sambut baik kenyataan itu dan kita mahu tekankan lagi bahawa akhir-akhir ini orang Melayu terpisah kerana perpecahan parti politik.
“Kerana perpecahan mengikut parti masing-masing ini, maka ia telah menyebabkan kuasa politik orang Melayu semakin lemah.
Menurut bekas Setiausaha Agong Bersatu itu, akibat perpecahan, menjadikan orang Melayu lemah dan masa depan mereka tidak menentu.
“Apabila kita lemah, maka masa depan kita akan menjadi tidak menentu. Ini akan menyebabkan perpecahan yang lebih besar.
“Justeru, proklamasi ini adalah bertujuan untuk menyatukan kembali para pemimpin Melayu dan orang Melayu tanpa mengira parti politik untuk bersatu demi perjuangan masa depan kita. Katanya.
“Hari ini Proklamai Orang Melayu mendapat sokongan yang baik daripada orang Melayu yang terdiri dari pelbagai latar belakang termasuk daripada ahli-ahli Parti Umno dengan tujuan yang sama demi bangsa agama dan tanah air. – malayadaily.com