TERKINI

PROTON : Merah Saga Menjadi ‘SAGA’ – Siri Wawancara Khas Perjuangan Anak-anak Muda Bersama Tun M

Siri Wawancara : Proton ; Merah Saga Menjadi SAGA – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2023 – Satu rakaman khas yang belum pernah diceritakan kepada khalayak berkaitan usaha dan perjuangan mereka yang dibelakang tabir tentang bagaimana kereta nasional Proton dibangunkan di awal 1980an.

Rakaman sebanyak enam siri ini diterbitkan oleh malayadaily yang bertujuan untuk membawa pembaca mendengar dan memahami bagaimana usaha, kesukaran kerja-kerja dibelakang tabir oleh juruture-jurutera pertama yang dirintis bagi melaksanakan agenda nasional iaitu Proton.

Siri ini bertajuk “PROTON; Merah Saga Menjadi “SAGA’”, ia diceritakan sendiri oleh Dato’ Sri Abu Thalib Hj Abu, bekas Pereka Eksekutif Proton yang mana beliau pada ketika itu merupakan kumpulan pertama tenaga profesional yang membangunkan Proton.

Dalam siri rakaman ini, beliau akan menceritakan dari awal pembabitannya bersama Proton, proses mempelajari dan membawa masuk teknologi ke Malaysia hinggalah waktu-waktu sulit ketika membangunkan Proton.

Moga dengan kisah ini, ia akan dapat memberi pencerahan dan semangat kepada rakyat Malaysia, bagaimana usaha tersebut dibuat hingga Proton menjadi pemangkin kepada industry dan kemajuan negara. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp