TERKINI

Puad Zarkashi Menghina Mahkamah – Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan (kiri), Puad Zarkashi (kanan) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 19 Okt 2023 – Kenyataan Speaker DUN Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi yang mengaitkan Tun Dr Mahathir dalam kes Najib Tun Razak yang disaman kerana tidak bayar cukai berjumlah RM1.7 billion, disifatkan sebagai menghina keputusan mahkamah

Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam satu kenyataan berkata, Puad Zarkashi tidak menghormati mahkamah dan proses undang-undang.

“Beliau tidak sedar bahawa kes-kes perbicaraan pemimpin-pemimpin UMNO yang memakan masa bertahun lamanya yang telah diputuskan oleh mahkamah dibicarakan tanpa campurtangan sesiapapun pada hakikatnya.

“Sebenarnya, Puad Zarkashi tidak menghormati mahkamah dan proses undang-undang.

“Kenyataan-kenyataan berbaur politik oleh Puad Zarkashi juga telah menghina keputusan mahkamah, ujarnya.

Menurut Khairuddin, beliau merasa hairan mengapa Puad tidak memberikan bukti ke mahkamah bagi menyokong dakwaannya itu.

“Yang menghairankan bila Tun Dr Mahathir Mohamad cabar untuk tunjuk bukti bahawa beliau peralat LHDN tapi mengapa pula Puad Zarkashi merapu tak ketahuan hala?

“Saya ingin sarankan pada Puad Zarkashi sekiranya beliau tidak ada bukti yang Tun Dr Mahathir Mohamad peralat LHDN tolong hentikan ‘meroyan.’

“Kerana malu tidak mampu membuktikan Tun Dr Mahathir Mohamad peralat LHDN kini Puad Zarkashi alih pandangan mengenai isu pelaburan RM500 bilion di Langkawi pula.

“Nampak sangat bodohnya Puad Zarkashi ini, katanya.

Baru-baru ini, Puad Zarkashi mendakwa Mahathir memperalatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kes Datuk Najib (dan anaknya) disaman kerana tidak bayar cukai berjumlah RM1.7 billion.

Kenyataan tersebut dibidas oleh Mahathir dengan meminta Puad memberikan bukti ke mahkamah. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp