PUTRAJAYA, 9 Mac 2024 – Parti Putra menyatakan sokongannya terhadap Prof Emiretus Dato’ Dr Teo Kok Seong dalam isu kenyataan mengenai sekolah vernakular yang dikecam oleh pemimpin DAP, Teresa Kok.
Dalam satu kenyataan media, Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif menyifatkan bahawa keterangan Prof. Teo Kok Seong yang berlandaskan kebenaran ilmiah sebagai hasutan, adalah serangan langsung terhadap kebebasan akademik dan kebebasan bersuara yang dilindungi oleh Perlembagaan kita.
“Putra menolak sebarang usaha untuk menutup mulut mereka yang berani berbicara demi memperkukuhkan kesatuan nasional melalui perbincangan terbuka dan pendidikan.
“Tindakan menggambarkan kenyataan yang berlandaskan kebenaran ilmiah sebagai hasutan adalah serangan langsung terhadap kebebasan akademik dan kebebasan bersuara yang dilindungi oleh Perlembagaan kita. Ujarnya.
Tegas Shahrulufti lagi apa yang disuarakan oleh Prof Teo tersebut adalah benar walau pun pahit.
“Inilah yg di katakan berkata benar walau pun pahit. Prof Datuk Dr Teo Kok Seong telah menunjukan tauladan berdiri teguh bersama Prinsip Asas Perlembagaan Negara Fasal 151,152 dan 153 serta yg berkaitan termasuk Prinsip Rukun Negara.
“Tengok lah Negara Indonesia, Thailand dan Singapura sebagai cuntuh menegakan Satu Bahasa Satu Negara demi Perpaduan Nasional. Katanya.
Putra menolak sebarang usaha untuk menutup mulut mereka yang berani berbicara demi memperkukuhkan kesatuan nasional melalui perbincangan terbuka dan pendidikan. Tindakan menggambarkan kenyataan yang berlandaskan kebenaran ilmiah sebagai hasutan adalah serangan langsung terhadap kebebasan akademik dan kebebasan bersuara yang dilindungi oleh Perlembagaan kita.
“Putra mendesak semua pihak, khususnya pemimpin politik, agar berani dan tegas dalam mempertahankan nilai-nilai asas negara Malaysia dan tidak menjadi anti nasional saperti beberapa kerat politikus yang tidak sedar mana bumi di pijak disitu langit di junjung.
“Putra berdiri bersama-sama dengan Prof Teo, Prof Ridhuan Tee, dan Firdaus Wong Wai Hung dalam mempertahankan prinsip yang Putra percayai.
Putra akan terus berjuang untuk Malaysia yang lebih bersatu dan harmoni, di mana setiap suara dihargai dan setiap pandangan dihormati. Tegasnya.
Teresa Kok di Dewan Rakyat baru-baru ini meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap Kok Seong yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan rasis.
Ahli Parlimen Seputeh itu menggesa pihak polis menyiasat ahli akademik, Teo Kok Seong berhubung rakaman video di TikTok yang mendakwa sekolah jenis kebangsaan Cina menyebarkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu. – malayadaily.com