TERKINI

MB Selangor Dinasihat Henti Beri Tanah Pada Swasta Untuk Biaya Projek Kerajaan

foto malakat tribune

KUALA LUMPUR, 4 April 2023 – Menteri Besar Selangor dinasihatkan agar menghentikan kaedah pemberian tanah ala ‘land swap’ kepada syarikat milik swasta untuk membiayai projek kerajaan kerana ia hanya merugikan kerajaan dan rakyat.

Dalam satu kenyataan media, Armin Baniaz Pahamin yang juga wakil Sekretariat Tanah Air berkata  kaedah pemberian tanah kepada syarikat milik swasta untuk membiayai projek kerajaan negeri Selangor ala ‘land swap’ perlu di hentikan segera kerana ianya hanya merugikan kerajaan dan rakyat.

 “Menteri Besar sepatutnya menjadi ‘custodian’ atau pemegang amanah dan penjaga kepada tanah-tanah melayu dan seharusnya membangunkan tanah-tanah Selangor untuk membuka lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat bumiputera tetapi tanah-tanah tersebut di beri kepada syarikat bukan-bumiputera. Ujarnya

Menurut Armin, pada 6 Mac lalu Menteri Besar Selangor telah mengesahkan bahawa mesyuarat kerajaan negeri Selangor telah meluluskan kaedah membiayai projek RM700 juta pedalaman sungai Klang projek Gerbang Maritime Selangor melalui pemberian tanah seluas 202.34 ekar tanpa perlu membayar apa-apa premium dan tanpa perlu membayar balik hutang pinjaman kepada kerajaan Selangor.

“Melalui kaedah ini dengan mudahnya syarikat swasta Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLB) dapat memiliki tanah Selangor dengan nilai RM117 juta dan melangsaikan pembayaran premium tanah yang tertunggak serta hutang pinjaman.

“Tarikh kelulusan tanah tersebut luput bulan Januari 2023 dan sepatutnya telah di bayar.

Tambah Armin lagi, tanah-tanah tersebut mempunyai unjuran pembangunan bernilai RM10 bilion. Kaedah yang di panggil round tipping exercise ini merugikan negeri dan rakyat Selangor. Anak syarikat milik penuh Menteri Besar Incorporated Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) hanya memiliki 45% saham dalam LLB.

“Kami di fahamkan tanah 202.34 ekar itu hanya sebagai permulaan dan Menteri Besar Incorporated telah bersetuju melalui perjanjian bertulis untuk memberi tanah lebih dari 600 ekar termasuk tanah rizab melayu kepada LLB. Katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Armin turut menyatakan bahawa Menteri Besar Selangor telah mengumumkan kaedah yang sama ‘land Swap’ pemberian tanah di Klang dan Hulu Selangor untuk membina Kompleks Sukan Shah Alam, dan pada Januari 2023, 536 ekar tanah milik PKNS yang di Pengerusi oleh Menteri Besar juga telah di jual kepada Gamuda Berhad melalui Joint Venture Agreement diantara PKNS dan IGB Berhad.

Pada 30 Ogos 2021, 536.7 hektar tanah di hutan simpanan Utara Kuala Langat di nyah warta
untuk pembangunan kepada syarikat swasta Gabungan Indah Sdn Bhd.

“Walaupun projek ini telah ditarik balik tetapi ia menunjuk kecenderongan Menteri Besar menganugerah tanah Selangor kepada syarikat bukan bumiputera.

“Kami menggesa Menteri Besar untuk berhenti menggunakan tanah-tanah Selangor untuk membiayai pembangunan negeri tetapi membangunkan tanah-tanah tersebut bersama usahawan bumiputera. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp