TERKINI

Meritokrasi? Nanti Dulu

Gambar hiasan – foto Releven

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diumumkan pada 8 Jun 2023.

Syabas kepada anak-anak yang telah bejaya lulus perperiksaan SPM ini dan Tahniah serta pujian kepada yang mendapat keputusan cemerlang. Langkah seterusnya ialah ke menara gading.

Berbagai cara ibu bapa membantu anak-anak masing-masing sepanjang persediaan menghadapi perperiksaan SPM. Cara terbaik ialah menghantar anak-anak ini untuk mendapatkan kelas tambahan ataupun tuisyen.

Ada yang berbelanja sebanyak hampir RM5,000 sebulan untuk mempastikan anak mereka mendapat keputusan cemerlang, ini adalah naluri setiap ibu bapa untuk melihat kejayaan anak-anak.

Bagi yang berkemampuan, sememangnya tiada masalah untuk melabur demi masa depan anak sendiri. Tiada kesalahan untuk berbuat demikian, semuanya bergantung kepada kemampuan.

Dengan pelaburan yang begitu besar, sudah pasti peluang untuk mendapat keputusan yang cemerlang amat tinggi. Bagi pelajar-pelajar biasa yang kurang kemampuan, sudah pasti amat sukar untuk mendapat keputusan cemerlang.

Melainkan mereka meletakkan usaha yang gigih dan di anugerahkan Tuhan otak yang cerdas, barulah mereka juga boleh mendapat keputusan cemerlang. Tetapi berapa ramai pelajar yang sedemikian?

Bayangkan sekiranya tiba-tiba negara kita bertukar kepada sistem meritokrasi. Persaingan untuk menjadi cemerlang akan menjadi sengit.

Boleh kah pelajar-pelajar luar bandar bersaing dengan pelajar-pelajar di bandar? Kerana dari segi kemudahan pembelajaran, di bandar adalah lebih lengkap.

Bolehkah kaum Melayu bumiputera bersaing dengan kaum yang kaya raya di bandar, untuk melabur sedemikian banyak sebulan demi mempastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang.

Agar dapat menyambung pelajaran ke universiti dan seterusnya membina kejaya yang lebih baik serta dapat mengubah ekonomi keluarga.

Kemungkinan yang akan terjadi ialah, yang kaya akan terus bertambah kaya, sementara yang sederhana dan miskin akan kekal begitu.

Akan terjadilah keadaan satu komuniti yang elitis terdiri dari satu bangsa yang berpendidikan tinggi, professional dan ahli-ahli perniagaan sementara satu kaum lagi terdiri dari golongan pertengahan dan miskin.

Keadaan ini amat tidak sihat bagi negara kita, lebih-lebih lagi jika jurang kekayaan antara penduduk majoriti jauh lebih rendah dari kaum yang lain. Kerana ianya akan menimbulkan masalah di satu hari nanti.

Maka apa yang kita ada sekarang perlu dipertahanan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera masih amat relevan.

Jurang kekayaan antara kaum perlu dirapatkan. Melalui peluang pelajaran yang kerajaan sediakan bagi orang Melayu dan bumiputera, adalah salah satu cara yang penting bagi mencapai objektif ini.

Azman Mohd Hashim : Semangat Melayu

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp